top of page
  • Writer's pictureZamri Zakaria

KEPENTINGAN MENGGUNAKAN KHIDMAT LORI SEWA UNTUK PINDAH RUMAH


 

Tidak kira jika anda menetap di KL, Selangor, ataupun Johor Bahru, wujudnya sebuah persepsi di antara kita terhadap perkhidmatan lori sewa, di mana ia adalah sebuah beban yang perlu dipikul jika ingin pindah rumah. Ini kerana ada yang beranggapan bahawa menggunakan khidmat lori sewa memerlukan kos yang sangat tinggi.




Sebaliknya, menggunakan perkhidmatan lori sewa untuk pindah rumah lebih menguntungkan berbanding mengangkut barang dengan sendiri.



1. MENJIMATKAN MASA

Dengan menggunakan khidmat lori sewa yang membawa barangan anda sekali perjalanan, anda tidak perlu mengangkut barangan anda berkali-kali sekaligus masa yang diambil untuk pindah rumah dapat dikurangkan dengan banyak.




2. ELAK DARIPADA KECEDERAAN

Terdapat risiko untuk tercedera ketika jika anda mengangkut barangan anda sendiri. Lebih-lebih lagi jika rumah anda sebuah apartmen. Pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan lori sewa merupakan pekerja yang berpengalaman supaya anda tidak perlu mengalihkan barang dengan sendiri kerana mereka sudah biasa melakukan kerja berat ini!




3. PERKHIDMATAN TAMBAHAN

Terdapat beberapa perkhidmatan lori sewa yang menyediakan perkhidmatan lebih daripada hanya mengangkut dan menghantar barangan. Antara perkhidmatan tambahan tersebut ialah wrapping, penyelenggaraan barang dan penjualan kotak dan pita.



4. MUDAH UNTUK DIURUS

Dengan menggunakan perkhidmatan lori sewa , kerja anda akan menjadi lebih mudah. Ini kerana anda boleh serahkan kerja berat seperti mengangkut barang kepada mereka. Jadi anda boleh menguruskan hal lain seperti melangsaikan bil dan penukaran alamat.



5. PROSES MENYEWA LORI YANG SENANG

Kini, perkhidmatan lori sewa boleh didapati dengan hanya satu klik! Zazira Movers, adalah satu perkhidmatan pindah rumah profesional yang boleh ditempah melalui internet.




KESIMPULAN

Kesimpulannya, jika anda ingin pindah rumah tanpa memerlukan untuk fikir tentang banyak hal, perkhidmatan pindah rumah dan lori sewa adalah pilihan yang bijak.






Comments


bottom of page