top of page
Writer's pictureZamri Zakaria

PERKARA PENTING SEBELUM MASUK RUMAH BARU


 

Pindah rumah baru merupakan sesuatu peristiwa yang besar dan tentunya mengujakan. Rumah idaman yang telah diperhati buat kesekian kali, akhirnya telah berjaya berada dalam genggaman.





Namun terdapat beberapa perkara yang anda perlu titik beratkan sewaktu proses pindah rumah ini. Antaranya ialah :



1 - Periksa kawasan rumah baru dengan rapi.


Sebaik sahaja anda melawat ke rumah baru, pastikan anda membawa sticky note untuk ditampal di tempat-tempat yang terdapat kerosakan. Hal ini supaya kerosakan tersebut dapat dibaiki terlebih dahulu sebelum anda pindah rumah. Ini dapat menjimatkan duit anda kerana kerosakan ini sememangnya perlu ditanggung kontraktor atau pemilik rumah bagi rumah sewa.





2 - Tukar mangga dan kunci rumah.


Walaupun perkara ini nampak remeh, tetapi ianya memberi impak yang besar. Ini merupakan langkah terbaik kerana anda tidak tahu siapa lagi yang mempunyai kunci rumah anda. Tukar semua kunci yang memberi akses keluar dan masuk rumah anda, termasuklah tingkap.





3 - Bersihkan seluruh kawasan rumah baru.


Pastikan anda membersihkan kawasan rumah mengikut kepentingan masing-masing. Habuk, sawang, bekas cat dan lain-lain perlu dibersihkan dengan rapi agar mendapat pengudaraan rumah yang bersih. Sedikit tips, pastikan anda bermula dengan atas ke bawah iaitu siling ke lantai agar kerja pembersihan berjalan dengan lancar.




4 - Uruskan rumah dari semasa ke semasa.


Biasanya di rumah baru mesti ada banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diperbaiki. Anda perlu mengambil perkara satu demi satu dan menyelesaikannya dengan sabar. Jangan buat sebarang perubahan besar sehingga anda berada di rumah baharu selama 2-3 minggu. Jika anda tidak mempunyai masa untuk membersihkan rumah dan membaiki sendiri, hanya upah seseorang untuk melakukannya.




Comments


bottom of page