Sebelum dan semasa proses pindah rumah boleh menjadi masa yang agak sibuk dan selalunya memerlukan banyak perancangan dan kerja fizikal yang teliti.
Boleh runsing bila memikirkan segala banyak perkara yang perlu dibuat dalam masa yang singkat. Tetapi, perkara apa yang perlu diutamakan dahulu?
Oleh itu, di sini terdapat beberapa perkara yang perlu anda pastikan dibuat untuk pindah ke rumah baru.
1. Sewa atau Dapatkan Perkhidmatan Pemindahan Barang Profesional
Kemungkinan sebilangan besar daripada kita pernah berpindah rumah pada suatu ketika dalam kehidupan kita, tetapi mudah untuk melupakan betapa proses tersebut memakan masa, melelahkan secara fizikal dan tekanan emosi, terutamanya seiring dengan bertambahnya keluarga, saiz harta benda dan barangan yang terkumpul dalam jangka masa yang panjang.
Menggunakan perkhidmatan pemindahan barang profesional mungkin memerlukan kos lebih sedikit daripada yang anda fikirkan tetapi ia dapat menjimatkan masa, mengurangkan risiko kerosakan, menghilangkan tekanan dan anda boleh menghadapi penangguhan atau sebarang perubahan pada akhir minit yang tidak dapat dielakkan dengan lebih mudah.
2. Kemas Dan Kumpul
Apabila anda mula mengemas, anda mungkin menemui semula barang yang sudah lama anda simpan dan telah lupakan. Gunakan masa ini dan fikirkan sama ada anda perlu mengatur tong sampah untuk membuang sampah, mengatur penjualan garaj untuk sebarang barang yang boleh dijual (tetapi tidak diingini) atau mengumpulkan barang-barang “pre-loved” yang boleh anda sumbangkan.
Semasa anda mengumpul barangan untuk packing, pastikan anda menggunakan padding yang mencukupi untuk barang rapuh anda dan periksa semula had berat kotak yang anda gunakan. Menandakan dan melabel dengan jelas kotak barangan anda dapat mempercepat proses pemunggahan semasa pemindahan.
3. Pastikan Semua Bil Tertunggak Anda Dibayar
Periksa semula jika anda mempunyai sebarang kadar faedah atau bil utiliti. Sekiranya anda boleh, adalah idea yang baik untuk membayarnya sebelum anda berpindah atau kemas kini maklumat alamat rumah anda untuk mengurangkan risiko kehilangan kertas kerja atau secara tidak sengaja dikenakan bayaran lewat.
4. Sediakan Kotak Barang Keperluan (Essential Box)
Perkara ini adalah sesuatu yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang hanya sebab ramai yang percaya bahawa setelah mereka sampai di rumah baru ia akan menjadi mudah untuk mengakses barang keperluan mereka sekaligus. Utamakan barang yang anda perlukan segera di rumah baru anda, barangan yang akan mempercepat proses penempatan anda atau barangan yang anda boleh ambil sekiranya berlaku kecemasan.
Mulakan mengemas kotak barang keperluan anda tepat pada waktunya, lebih baik sebelum semua anda mengemas barangan yang lain. Ini akan memberi anda peluang untuk menyemak senarai anda dan menambahkan barangan yang mungkin anda terlupa.
5. Uruskan Kemudahan Utiliti Anda
Apabila anda telah mengetahui tarikh perpindahan anda, anda boleh mengatur agar utiliti anda diputuskan di rumah lama anda dan membuat persiapan untuk sambungan utiliti siap untuk ketibaan anda di rumah yang akan anda pindah. Ini termasuklah:
Talian telefon / Jalur Lebar (internet) / Kabel TV
Gas
Elektrik
Air
Kadang kala penyedia utiliti memerlukan akses ke rumah baru anda yang mungkin bermaksud kelewatan untuk menyambung, jadi ada baiknya anda memastikan anda mempunyai rancangan backup.
Yang paling penting, dalam banyak-banyak perkara, pastikan anda mendapat perkhidmatan pemindahan barang yang bereputasi baik dan yang menawarkan perkhidmatan yang boleh dipercayai. Sewa lori untuk tujuan pindah rumah anda dari syarikat MyLorry. Pilihan untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa MyLorry adalah pilihan yang sangat bernas dan kini boleh ditempah dengan mudah di sini.
댓글