top of page
Writer's pictureZamri Zakaria

TIPS BERPINDAH DAN MASUK RUMAH BARU

Part 1 : Persediaan Sebelum Berpindah Rumah



Banyak perkara yang perlu dirancang dan disediakan sebelum berpindah tau. Kami kongsikan proses persediaan sebelum berpindah ke rumah baru;

1. KENAL PASTI KATEGORI BARANG ANDA


Sama ada barang keperluan, boleh digunakan atau telah pun rosak. Masih mahu digunakan atau boleh dibuang. Ini dapat menjimatkan masa sepanjang proses perpindahan dan mengelakkan barang bersepah dan berselerak di rumah baru. Sambil itu, barang-barang yang sudah tidak digunakan boleh dihantar ke pusat pelupusan.


Selain itu, mungkin ada juga beberapa perabut yang mungkin tidak akan diguna pakai di ruamh baru, anda juga boleh menjual atau menawarkan kepada sesiapa yang berminat di plateform social media dan marketplace. Semuanya mudah dihujung jari. Duit dapat, ruang pun jimat.


2. CARI KOTAK DAN PACKING MATERIAL


Dapatkan kelengkapan packing material secukupnya. Barang-barang seperti kotak, wrapping, bubble wrap, opp tape dan keperluan-keperluan lain. Marker & Pen juga diperlukan untuk labelling.


Sebaiknya, dapatkan dengan lebih awal. Boleh dibeli secara atas talian atau juga di kedai kedai yang berhampiran. Kami di Zazira Movers juga menjual packing material yang penting seperti kotak, bubble wrap, wrapping shrink dan opp tape.


3. LABELKAN KOTAK DENGAN BETUL


Pastikan anda bungkus barang ke dalam kotak dan labelkan apa barang yang terkandung di dalam kotak. Kategorikan barangan yang dipacking, sama ada barang dapur, barang bilik tidur, ruang tamu atau sebagainya. Juga labelkan tempat kotak mengikut kategori barang dan kepunyaan bilik mana di rumah baru kelak.


Lebih baik lagi, anda terus juga terus mengasingkan barang yang perlu terus dibuka untuk diguna pakai, barang untuk disimpan di dalam store atau barang yang akan diunboxing kemudian.


4. BUAT CHECKLIST BARANG-BARANG PINDAH


Ini penting! Antara langkah yang sering dilupakan oleh ramai dalam kalangan kita. Ini adalah untuk mengelakkan barang tercicir atau tersalah letak atau hilang sepanjang proses perpindahan kelak.


5. HUBUNGI & TEMPAH LORI SEMINGGU SEBELUM BERPINDAH


Sekiranya merancang untuk menyewa lori, atau menggunakan perkhidmatan movers & packers sebaiknya hubungi dan tempah slot anda seminggu sebelumnya. Ini untuk memastikan anda mendapatkan harga yang terbaik dan pakej yang betul mengikut keperluan anda.


Sekiranya anda memilih untuk berpindah dengan Zazira Movers, kami akan memberikan consultation secara percuma kepada anda untuk mendapatkan saiz lori yang tepat dan package yang bersesuaian mengikut keperluan dan budget anda.


Hubungi kami untuk dapatakan sebut harga secara PERCUMA! Dan yang paling penting, TANPA cas tersembunyi yang dikenakan.





Comments


bottom of page