Part 3 : Tips Pindah Masuk Barang ke Rumah Baru
Perkara terpaling penting sebelum anda masuk dan menduduki rumah baru bersih dan telah pun dibasuh terlebih dahulu. Sekiranya anda beragama Islam, sebaiknya datang sekerap mungkin sebelum duduki untuk membersihkan kediaman dan solat serta mengaji di rumah tersebut setiap kali selesai aktiviti membersihkan rumah.
RUMAHKU, SYURGAKU
1. Pastikan sudah bersihkan rumah baru yang akan didiami terlebih dahulu beberapa hari sebelum masuk ke rumah tersebut.
2. Pastikan juga kerja-kerja seperti pemasangan siling kapur yang baru, kerja-kerja pendawaian elektrik baru, pemasangan kabinet baru dan sebagainya sudah diselesaikan dahulu sebelum bawa masuk barang ke dalam rumah tersebut. Kerja-kerja ini berhabuk dan boleh dilakukan sebelum berpindah
3. Semasa hari perpindahan, angkat dan turunkan barang dari lori dan terus di bawa ke ruang/bilik yang sepatutnya mengikut label yang telah dicatatkan pada kotak.
4. Terus keluarkan barang dan susunkan barang ke dalam kabinet yang telah disediakan setelah kabinet tersebut dibersihkan dan dilap bersih.
5. Jika dapati ada barang yang tidak sesuai atau sudah tidak diperlukan lagi, asingkan ke dalam kotak atau plastik yang lain untuk diagihkan ke tempat sepatutnya.
6. Elakkan menangguh penyusunan barang atau tinggalkan di dalam stor sahaja. Ini akan menyebabkan barang di stor penuh dan besar kemungkinan anda tidak akan buka langsung kelak.
7. Gunakan tenaga dan mood berpindah yang diluangkan ini sebaiknya untuk mengemas sahabis mungkin dan sebersih mungkin.
8. Elakkan menwujudkan ruang/bilik stor. Hal ini, kerana barang yang disimpan besar kemungkinan tidak akan digunakan langsung. Jadi, semua barang yang digunakan susun sebaiknya. Tiada istilah stor di dalam rumah.
Dengan tips terakhir tadi, maka berakhirlah Tips Berpindah dan Masuk Rumah baru. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu anda menjalani proses pindah rumah yang lebih efisyen.
Sebarang info atau pertanyaan boleh hubungi admin 018-989 4826 Atau whatapps kami
Comentarios