Part 2 : Kerja-kerja semasa proses pindah rumah
Harinya telah pun tiba!! Apa yang perlu dibuat? Releks dan tenang.
Bangun pagi dengan ceria dan sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja berpindah. Kemudian mula kan kerja dengan penuh semangat!
1. Bawa keluar dan bawa turun ke semua kotak yang telah dibungkus rapi dari ruang/bilik masing-masing.
2. Angkat dahulu barang yang berat seperti perabut dan letakkan diluar rumah.
3. Barang yang ringan tinggalkan dahulu di dalam rumah.
4. Masukkan barang yang berat dan besar dahulu di atas lori.
5. Bakul dan kotak yang berat dan padat diletakkan di bahagian bawah.
6. Bakul dan kotak yang ringan diletakkan di bahagian atas.
7. Pastikan tiada lagi barangan rumah yang ditinggalkan dan rumah ditinggalkan dalam keadaan yang bersih.
8. Sapu habuk dan bersihkan lantai rumah sebelum ditinggalkan pada hari berkenaan atau datang pada hari yang lainnya atau tinggalkan amanah ini kepada saudara yang duduk berhampiran. (jika pindah jauh)
9. Pastikan semua punca elektrik ditutup dan pili air dan semua pintu dan tingkap dikunci.
Tips 1-6 itu anda perlu buat sendiri jika anda hanya ambilpakej basic (lori dan driver sahaja).
Jika anda ambil PACKAGE BRONE dari Zazira Movers, dari 1-6 itu kami yang akan uruskan sepenuhnya dan turunkan sehingga di lokasi rumah baru.
Berbeza pula sekiranya anda ambil PACKAGE GOLD kami yang mana, semua urusan pindah dari nak packing, nak buka pasang perabut, wrapping barang kaca dan sebagainya itu kami yang uruskan! Owner goyang kaki je tau! Mudahkan?
Berminat dengan package full packing kami?
Comentarios