top of page
Writer's pictureZamri Zakaria

TIPS PENTING SEBELUM PINDAH RUMAH

Updated: Jul 15, 2022

Pindah rumah buat kali pertama boleh menjadi suatu cabaran yang besar kan? Tapi kini di Malaysia, telah pun wujud satu servis yang boleh mudahkan kerja anda tanpa perlu pening dan stress lagi untuk pindah rumah.





Servis yang dimaksudkan adalah "Movers & Packers". Mungkin suatu masa dulu, kita hanya mencari lori sewa untuk proses perpindahan. Tapi berbeza dengan servis Movers & Packers; ada tenaga kerja yang datang dan boleh tolong buatkan semuanya dari kemas barang ke dalam kotak, buka pasang perabut dan lebih menarik lagi, meraka akan wrapping perabot kesayangan anda!


Sebuah syarikat atau kumpulan yang menawarkan servis memindahkan barang daripada 1 lokasi kepada 1 lokasi yang lain.



Di Malaysia, syarikat movers bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jadi Persoalannya, bagaimana nak memilih syarikat yang berkualiti dan diyakini ketelusan dan kepakaraan kerja mereka?


1) Buat Perancangan Untuk Berpindah


Pertama sekali mestilah anda perlu merancang perpindahan anda. Antara perancangan yang perlu anda buat sudah semestinya tarikh dan waktu kejadian. Selain itu juga, anda perlu rancang barang apa yang ingin dibawa, berapa banyak perabut yang perlu dibuka pasang dan barang yang tidak perlu dibawa. Penting untuk kita asingkan barang yang masih boleh dipakai dan barang yang tidak lagi boleh digunakan. Tidak dilupakan juga perancangan kewangan sepanjang proses perpindahan berlangsung.


2) Pilih Syarikat Movers Yang Dipercayaaii


Penting untuk pilih syarikat movers yang berpengalaman dan profesional? Boleh dapatkan info dari website mahupun 'social media' mereka. Dari situ kita boleh nilai dari gambar, video dan 'feedback' hasil kerja-kerja yang mereka pernah jalankan. Trusted.my juga ada mengeluarkan senarai movers yang diperakui dan Zazira Movers berjaya menduduki tangga teratas dalam Senarai Movers Terbaik di Malaysia, Kuala Lumpur, Selangor, Penang dan Johor.


3) Pilih Pakej Terbaik Yang Ditawarkan


Di Malaysia, setiap movers menawarkan pelbagai pakej dan servis. Antara pakej yang disediakan adalah lori dan driver sahaja, lori dan movers dan full packing package. Bergantung kepada keperluan dan kegunaan anda. Harga juga berbeza-beza mengikut saiz lori yang digunakan.


4) Ambil Tahu Terma & Syarat Syarikat


Setiap syarikat movers memiliki terma dan syarat berbeza. Pastikan anda bertanya sebanyak mungkin soalan sebelum membuat sebarang pembayaran deposit. Seperti di Zazira Movers, kami memberikan 'consultation' secara percuma untuk memastikan harga dan pakej terbaik untuk anda. Apa yang lebih penting, tiada sebarang cas tersembunyi yang dikenakan. Melainkan, ada penambahan servis dan penambahan trip.


Jadi inilah 4 tips penting sebelum anda berpindah sama ada pindah rumah, pindah office pindah barang dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut tentang proses perpindahan boleh hubungi kami di talian 018-989 4826 atau klik sahaja button di bawah



Comments


bottom of page