top of page
Writer's pictureZamri Zakaria

TIPS PINDAH PEJABAT


 

Pindah pejabat sememangnya bukan perkara yang mudah. Jadi, kami akan kongsikan tips-tips yang anda boleh amalkan untuk pindah pejabat.





SEDIAKAN SENARAI INVENTORI



Anda boleh menyediakan senarai untuk kotak-kotak dengan maklumat barang di dalamnya untuk memudahkan urusan pindah. Kemudian, anda juga mungkin boleh menggunakan mana-mana khidmat pemindahan Pejabat ini daripada mana-mana syarikat yang membuat perkhidmatan urusan pemindahan. Antaranya Zazira Movers, sekiranya anda bercadang berpindah masuk secara terus atau berperingkat, cara ini pasti akan membantu.



LABELKAN KOTAK DAN ASINGKAN DOKUMEN PENTING



Ini juga adalah antara langkah yang penting untuk memudahkan anda mencari atau pun menyusun kembali barang-barang setelah berpindah ke Pejabat baru. Anda perlu menomborkan kotak supaya anda ingat berapa jumlah kotak yang ada. Anda juga perlu mengasingkan kotak-kotak mengikut dokumen-dokumen yang dilabelkan supaya mudah untuk anda nanti. Letakkan label pada setiap kotak dengan isi kandungannya untuk jimat masa dan memudahkan untuk pekerja Pejabat semasa pindah dan mengemas di pejabat baru nanti.



UPAH JURU ELEKTRIK DAN TUKAR ALAMAT



Jika anda ingin membawa bersama barang-barang elektronik seperti kipas, penghawa dingin, atau lampu dan lain-lain dari pejabat lama ke pejabat baru, anda perlukan juru elektrik untuk membuka dan memasangnya semula di pejabat baru. Perkara yang ditekankan sebelum anda berpindah, pastikan anda kemaskini alamat untuk surat menyurat di Pejabat anda supaya senang untuk berurusan dengan pihak utiliti,bank, klien-klien dan lain-lain lagi.Sebaiknya lebih awal lebih bagus.



LAKUKAN PEMERIKSAAN TERAKHIR



Setelah proses penyusunan barang-barang dan peralatan pejabat selesai diuruskan. Proses yang harus anda lakukan akhir sekali sebelum keluar dari Pejabat adalah untuk memastikan anda dan kakitangan Pejabat memeriksa barangan, dokumen atau kotak-kotak buat kali terakhir. Periksa keseluruhan ruang Pejabat supaya tidak tertinggal apa-apa.



PILIH TARIKH BERPINDAH



Pilih tarikh yang sesuai bagi memudahkan proses semasa pindah Pejabat dilakukan, supaya anda dalam keadaan tenang,dan tidak terkejar-kejar dengan masa untuk sebarang kerja lain.



Jadi inilah tips penting untuk anda berpindah pejabat. Untuk maklumat lanjut tentang proses perpindahan boleh hubungi kami di talian 018-989 4826 atau klik sahaja button di bawah.




コメント


bottom of page