top of page
Writer's pictureZamri Zakaria

TIPS RUMAH KEKAL SEJUK


 

Cuaca panas dengan suhu yang tinggi dan lembab memang merimaskan. Rumah berubah menjadi seperti sauna dan pasti anda rasa tidak selesa.



Terutamanya rumah-rumah di tingkat yang tinggi seperti apartment atau kondominium. Mustahil anda bole tidur lena dengan keadaan yang seperti itu. Tidak semua orang mepunyai penyaman udara kan? Tetapi jangan risau, jom baca tips bagaimana anda boleh kekal selesa di dalam rumah ketika cuaca panas.



CAT WARNA CERAH UNTUK DINDING RUMAH


Jika anda cat dinding dengan warna yang cerah seperti putih atau warna pastel, ia dapat membantu ruang kediaman menjadi lebih sejuk dan nyaman. Ia kerana warna cerah ini mampu memantulkan semula cahaya.




TUTUP TINGKAP DAN PINTU


Jangan biarkan udara panas masuk ke dalam rumah ketika waktu panas antara pukul 11 pagi ke 4 petang. Kalau boleh pasang lapiran pantulan yang boleh pantulkan cahaya terik pada cermin tingkap kat rumah.




PASANG AWNING


Salah satu punca rumah jadi panas adalah daripada dinding yang terdedah kepada matahari. Ia boleh menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Dengan bantuan awning ini, setidak-tidaknya ia mampu menghalang haba dari meresap ke dinding dan rumah akan rasa lebih selesa untuk didiami.




PILIH LAMPU YANG SESUAI


Jangan pasang lampu jenis incandescent. Sebaliknya pasanglah lampu fluorescent. Lampu mentol biasa yang ada dawai tungsten kat dalamnya akan buatkan suasana terbakar panas. Jangan pasang lampu jenis macam tu.




TINGKAP GELAP


Tinted ni bukan sahaja untuk tingkap kereta tetapi juga untuk tingkap rumah. Fungsinya masih sama iaitu untuk memantulkan semula cahaya matahari dan mampu membuatkan ruang dalaman jadi lebih sejuk. Ada orang tak suka pasang langsir pada semua tingkap kerana dirasakan akan ganggu pandangan. Jadi, pasang tingkap bertinted adalah cara yang terbaik untuk menghalang cahaya matahari tanpa perlu memasang langsir.




GUNA PELEMBAB UDARA


Pelembap udara atau air humidifier juga adalah satu pilihan yang terbaik dan murah jika anda tak mampu beli aircond. Dalam masa yang sama dapat juga kurangkan sikit penggunaan elektrik berbanding aircond. Ia berfungsi apabila pelembap udara ini menebarkan titisan-titisan air yang menyejukkan ruang.





Comentarios


bottom of page